Ahad, 13 Februari 2011

KATERING UNTUK EN.BAKAR & ZAITON

Terima kasih kepada En.Bakar dan Isterinya Puan Zaiton, Kota Tinggi kerana memberi peluang kepada kami untuk menyediakan katering bagi majlis perkahwinan anak perempuannya Noroha. Dengan tetamu 1400 orang, menjadi cabaran kepada kami untuk menyediakan masakan yang diingini, memandangkan hajat tuan rumah meminta kami memasak di rumah beliau semasa majlis.

Dengan menu Nasi Minyak Kukus, Ayam Masak Merah, Daging kicap, Acar Nenas dan Daging Kambing Kurma sebagai pilihan semuanya dapat diatur dan disediakan secukupnya. Doa kami, semoga anak En.Bakar dan Puan Zaiton bahagian hingga ke anak cucu hendak-Nya.

Kepada pengantin lelaki dan perempuan, "SELAMAT MELANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA". Telah terima hadiah khas dari kami kn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan