Ahad, 13 Februari 2011

KATERING MAJLIS SURAINI & FAIRUS

Terima kasih kepada Suraini dan Fairus, yang memilih kami untuk menyediakan katering majlis perkahwinan mereka berdua pada 13 Mac 2011 ini. Dengan tempahan untuk 2000 tetamu, pihak kami mengalu-alukan tempahan anda berdua.

Jika anda memberi ruang rezeki kepada kami, kami juga doakan anda berdua dirahmati dan dilimahi rezeki apabila hidup berumah tangga nanti. Semoga persiapan yang anda berdua lakukan kini, sempurna dan berjalan dengan lancar.

Terima kasih.

KATERING UNTUK EN.BAKAR & ZAITON

Terima kasih kepada En.Bakar dan Isterinya Puan Zaiton, Kota Tinggi kerana memberi peluang kepada kami untuk menyediakan katering bagi majlis perkahwinan anak perempuannya Noroha. Dengan tetamu 1400 orang, menjadi cabaran kepada kami untuk menyediakan masakan yang diingini, memandangkan hajat tuan rumah meminta kami memasak di rumah beliau semasa majlis.

Dengan menu Nasi Minyak Kukus, Ayam Masak Merah, Daging kicap, Acar Nenas dan Daging Kambing Kurma sebagai pilihan semuanya dapat diatur dan disediakan secukupnya. Doa kami, semoga anak En.Bakar dan Puan Zaiton bahagian hingga ke anak cucu hendak-Nya.

Kepada pengantin lelaki dan perempuan, "SELAMAT MELANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA". Telah terima hadiah khas dari kami kn..

Selasa, 1 Februari 2011

Perkhidmatan Catering Di Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Senai, Pontian, Nusajaya, Ulu Tiram & P.Gudang



Membuat Aktiviti Sekolah, Organisasi, Event Corporate, Keraian, Majlis Perkahwinan sehingga hari bersejarah dalam hidup anda dan keluarga anda, penting bagi anda untuk menjamu tetamu dan hadiri anda sesuatu hidangan dan makanan yang sedap dan memuaskan. Samada makan tersebut disediakan secara bungkusan, buffet atau dewan, semuanya memperlihatkan keperibadian anda dan keluarga sebagai "TUAN RUMAH" majlis tersebut. Terutamanya MAJLIS PERTUNANGAN, PERNIKAHAN DAN MAJLIS PERKAHWINAN.

Kami di ANYCA CATERING, sedia membantu anda dengan pakej-pakej makanan yang MURAH, SIHAT DAN JIMAT kepada anda. Kami menjamin "KEPUASAN ANDA DAN TETAMU, INSPIRASI KAMI".